sdf Pictures, Images and Photos

Tuesday, August 7, 2012

Puasa ohhh Puasaaa

Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum semua :) hari nih hari yang agak mengejutkan aku apabila habis je bacaan yassin pagi tadi kat sekolah , tetiba je ustaz panggil 2 orang pelajar lelaki ke depan. Aku pon xberapa nak kenal sangat dengan 2 orang budak nih. Depa nih kene panggil pasai tak puasa dan makan dikhalayak ramai. Wah pada aku depa nih hebat pasai depa xda perasaan malu kat orang sekeliling yang perhatikan depa dan yang aku tak boleh terima bila salah seorang dari depa nih dok pakai songkok , What a shame!!. 

Aku dok tertanya tanya apa yang depa bangga sangat bila tak puasa?? Allah dah dok kata dalam surah Al Baqarah ayat 183 yaitu  Wahai orang-orang yang beriman , telah diwajibkan puasa ke atas kamu sepertimana telah diwajibkan ke atas orang-orang daripada sebelum kamu. Semoga kamu bertaqwa . Dalam ayat yang ke 185 surah yang sama juga Allah berkata Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran , menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu , sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya) maka hendaklah ia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka bolehlah ia berbuka Kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dengan ketetapan yang demikian itu Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya agar supaya kamu bersyukur”.

Aku rasa lah depa nih memang bodoh kot (sorry to say) pasai ayat Allah dah terang nyata dan tidak perlu ditakwil pon depa tak boleh nak faham. Memang pertama kali aku tengok ustaz mubin yang pada aku begitu baik , lembut dan kelakar boleh mengamuk sampai dia hambat budak 2 orang tu dengan rotan. Aku tengok kesian pon ada tapi biaq jadi pengajaran untuk depa. Apa alasan kita yang lelaki nih untuk tidak berpuasa sedangkan Nabi Muhammad dan Para Sahabat seramai 3 ratus berbelas orang boleh pi berperang (perang Badar) dalam bulan Ramadhan (17 Ramadhan) dan Allah bagi kemenangan dekat depa dengan menghantar malaikat untuk membantu tentera nabi berperang dengan musyrikin makkah yang sebanyak 900 hingga 1000 orang. Jika dilihat juga apa yang berlaku di Syria hari ini rakyat mereka berjuang menentang pemerintah yang bukan sahaja zalim tetapi juga menyekutukan Allah. Bulan Ramadhan tidak menghalang mereka untuk tidak berpuasa sedangkan mereka memerlukan banyak tenaga untuk mengangkat senjata menentang Regim Basyar Asad Laknatullah bahkan mereka sempat menunaikan solat terawikh dalam keadaan yang huru hara , Subhanallah!!. 



Free Syrian Army berbuka dengan buah tamar.

Solat Terawikh ramadhan pertama Di Bandar homs , Syria

Tiada Alasan lagi untuk kita tidak berpuasa hanya kerana lapar dan dahaga semata mata. Semoga hukuman yang depa dapat akan memberi pengajaran dan menjadi titik tolak untuk mereka berubah ke arah kebaikan , Alahumma Ameen. Oh ye sebelum terlupa , hari jumaat (10/08/12) nih SMK Taman Desa ada buat Program Kem Ibadah , Aku agak kagum dengan inisiatif yang dilakukan ustaz dan ustazah untuk mentarbiah anak murid mereka untuk menjadi insan yang berguna. Aku n gang form 6 juga diminta ustaz untuk menjadi fasi program tersebut , walaupun aku takda pengalaman jadi fasi tapi aku harap peluang yang ustaz bagi nih dapat aku gunakan untuk menjadi langkah pertama aku untuk membantu menegakkan agama Allah dan juga mentarbiah diri sendiri seperti yang ustaz cakap masa meeting dengan kitaorang untuk merancang program dan slot slot yang akan dibentangkan nanti. Jadi rasanya takda pa dah nak kongsi , cukup setakat tuh saja kot. Insya'Allah kalau dipanjangkan umur , kita berjumpa di entry yang seterusnya. Assalamualaikum warahmatullah :)

Monday, February 13, 2012

Tersenyumlah wahai hati yang tengah bersedih.....





Yasterday i was in sorrow dissapointed in frustration which is scratching the courageous , the dreams that i always hope to come true was not achieve. Ya Allah , I wanna stop those steps cause i feel like i'm not able to survive , my spirits getting sink , i'm helplessly so should i give up??

tersenyumlah wahai hati yang tengah bersedih , insan yang Allah kasihi pasti akan dihadiahi dengan dugaan yang sangat hebat , tidak akan dia dibiarkan terlena dalam dakapan lazat yang berlimpahan tetapi dia akan dihidangkan dengan keperitan , kesusahan dan kepayahan sehingga jenuh hatinya , buntu akalnya dan mengalir air matanya yang akan membuatkannya hanya bertawakal kepada Allah.

Ingatlah paan didalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa ketika Rasulullah S.A.W masuk ke masjid , tiba tiba terdapat seorang sahabat yang tengah bersedih. Lantas Rasulullah bertemu dan bertanya kepadanya "Wahai sahabat , mengapa kamu bersedih" sahabat tadi menjawab "Ya Rasulullah , aku bersedih kerana beban kehidupan yang terlalu berat diatas pundakku" rasulullah bertanya "apa dia??" kemudian sahabat tadi menjawab "hutang yang membelenggu diriku dan kesedihan yang mengikat sanubariku" Baginda bertanya lagi "Apakah kau ingin aku ajarkan satu DOA , satu amalan yang jika engkau amalkan nescaya segala kesedihan , segala kedukaanmu akan diangkat oleh Allah untuk dipulihkan dan digantikan dengan kegembiraan dan kebahagiaan" sahabat tadi menjawab "balaa Ya Rasulullah , sebutlah apakah doa itu Ya Rasulullah" Rasulullah berdoa "Allahumma inni a'udzubika minnal hammi wal hazan , wa a'udzubika minal ajzi wal kasal , Wa a'udzubika minal jubni wal bukhl , Wa a'udzubika min ghalabatit daini waqahri rijjal" yang bermaksud Ya Allah , aku berlindung kepadamu daripada rasa sedih dan gelisah. Aku berlindung kepadamu daripada sifat lemah dan malas , aku berlindung kepadamu daripada sifat pengecut dan bakhil , aku berlindung kepadamu daripada cengkaman hutang dan penindasan". 


Paan , bila engkau memandang segalanya dari tuhan yang menciptakan segalanya. Yang menimpakan ujian , menjadikan sakit hati yang membuat keinginan engkau terhalang serta menyusahkan hidup engkau maka pasti akan damailah hati engkau kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan sesuatu yang sia sia. Bukan Allah tidak tahu retak hati dan derita hidup engkau tapi mungkin itulah yang DIA mahukan kerana DIA tahu hati sebeginilah yang lebih lunak serta mudah akrab dan dekat kepadaNYA disepertiga malam dengan doa diringi air mata.

Allah menyebut didalam surah An Nahl Ayat 53 , "Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allah lah datangnya dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanyalah padanya kamu eminta pertolongan". Didalam sebuah hadis yang lain yang diriwayatkan imam bukhari "barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya nescaya dia akan mengujinya dengan kesusahan". Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya paan , kesabaran itu sangat diperlukan , percayalah janji Allah. Mungkin apa yang berlaku tidak disukai oleh engkau tetapi mungkin ia punye kebaikan yang banyak . Didalam surah Al Baqarah ayat 216 Allah telah berfirman "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu , Allah maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui". ketahuilah bahawa ujian adalah tarbiah dari Allah untuk menguji kita sama ada kita bersabar atau sebaliknya. , kesenangan yang datang selepas kesusahan semuanya adalah nikmat dari Allah.

"Tidak ada kesusahan atau bala bencana yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang briman kepada Allah , Allah akan memimpin hatinya untuk menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar dan ingatlah Allah maha mengetahui akan tiap tiap sesuatu" surah at taghaabun ayat 11. Allah akan memimpin hati hati orang yang telah beriman untuk menerima segala ketentuan qada' dan qadar dengan syarat kita beriman. Berdoalah kepadaNYA kerana pasti doa engkau akan dimakbulkan , cume waktu tidak diketahui. Mungkin doa engkau akan termakbul 10 atau 20 tahun lagi tapi yang penting teruslah berdoa. Firman Allah didalam surah Al Mu'min ayat 60 , "Dan tuhanmu berfirman , berdoalah kepadaku nescaya akan aku perkenankan". Jika doa engkau tidak termakbul , janganlah engkau berasa kecewa dan putus asa , mungkin Allah sengaja tidak memakbulkan doa engkau agar DIA sentiasa mendengar rintihan engkau meminta minta kepada DIA , mungkin jika DIA memakbulkan doa engkau , DIA tidak akan dengar lagi rayu tangis engkau dimalam hari. Nabi S.A.W mengajar kita didalam hadis yang diriwayatkan Imam Muslim , Ibnu Majah , Malik dan Ahmad yaitu ketika ditimpa musibah maka berdoalah "inna lillahi wainna ilaihi rajiuun , Allahumma jurni fi mushibati wa akhlif li khairan minha” yang bermaksud sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali , ya Allah berilah aku pahala dalam musibah ini dan gantikanlah bagiku dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya.

Apa yang aku harapkan semoga esok akan merekah bunga yang harum baunya untuk mengusir segala kesedihan dan menjadi penghibur hati engkau paan insya'Allah. Ingatlah ketika wajah engkau penat memikirkan dunia , engkau berwudhu'lah , ketika tangan engkau letih menggapai cita cita , engkau bertakbirlah , ketika bahu engkau tak kuasa memikul amanah , engkau bersujudlah. Ikhlaskan diri engkau kepadaNYA agar engkau tunduk disaat yang lain angkuh , agar engkau teguh disaat yang lain runtuh dan agar engkau tegar disaat yang lain terdampar. Akhir sekali , WHEN YOU FELEL ALL ALONE IN THIS WORLD AND THERE'S NOBODY TO COUNT YOUR TEARS JUST REMEMBER NO MATTER WHERE YOU ARE , ALLAH KNOWS"



~LA TAHZAN INNALLAHA MA'ANA~



Saturday, February 12, 2011

Bebaslah wahai bumi Mesir

 Dari Nukman bin Basyir ra katanya “Suatu ketika kami sedang duduk-duduk di Masjid Nabawi SAW dan Basyir itu adalah seorang yang tidak banyak cakap. Datanglah Abu Saklabah lalu berkata, “Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah SAW tentang para pemerintah?” Huzaifah RA lalu segera menjawab, “Aku hafaz akan khutbah baginda SAW itu.” Maka duduklah Abu Saklabah Al-Khusyna (untuk mendengarkan hadis berkenaan). Maka kata Huzaifah RA, Nabi SAW telah bersabda, “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu. Maka berlakulah zaman itu seperti yang Dia kehendaki, kemudian Allah pun mengangkat zaman itu seperti yang Dia kehendaki. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan yang berjalan menurut cara Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu seperti yang dikehendaki oleh Allah ia berlaku. Kemudian diangkat-Nya apabila Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian berlakulah pula Zaman Pemerintahan Yang Menggigit (Fitnah). Maka berlakulah zaman itu seperti yang dikehendaki oleh Allah berlakunya. Kemudian Dia mengangkatnya seperti yang Dia kehendaki mengangkatnya. Kemudian berlakulah Zaman Pemerintah Yang Zalim (Diktator). Maka berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki ia berlaku. Kemudian Dia mengangkatnya apabila Dia mahu mengangkatnya. Kemudian berlakulah pula Zaman Kekhalifahan yang berlaku menurut cara Zaman Kenabian.” Kata Huzaifah RA , “Kemudian baginda SAW diam.”


Mengikut Rasulullah , zaman pertama bagi umat ini adalah ketika Baginda masih hidup (zaman ini telah berlalu). Kemudian datang pula zaman pemerintahan yang mengikut cara kenabian , Pada zaman ini kita dapat lihat umat Islam diperintah oleh 4 khulafa' al Rashidin yang dimulai dengan Saidina Abu Bakar dari 632-634 Masihi , Saidina Umar Al-Khatab dari 634-644 Masihi , Saidina Uthman Affan dari 644-656 Masihi dan Saidina Ali Abi Talib, 656-661 Masihi.(zaman ini juga telah belalu). Kemudian datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang “menggigit” maksud menggiggit di dalam hadis tersebut bermaksud mereka yang hanya menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka sahaja dan kita dapat lihat pada zaman ini , kerajaan Bani Umayyah , Abbasiyah dan Uthmaniah yang berkuasa dengan menggunakan system monarki. (zaman ini juga telah berlalu). Kemudian datang pula satu zaman yang dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela iaitu ZAMAN SEKARANG (zaman ini hampir berlalu). Kemudian , setelah berlalu keempat empat zaman tersebut. Akan datang pula zaman kelima yang mana dunia akan kembali diperintah mengikut cara kenabian berasaskan syariat Islam. Setelah habis bercerita mengenai kelima lima zaman tersebut , tiba-tiba Rasulullah diam dan diam tersebut bermaksud SEJARAH MANUSIA SUDAH TAMAT.

     Semoga dengan pengunduran toghut besar , kita akan kembali diperintah sepertimana Rasulullah memerintah , pergilah ke neraka jahanam wahai Hosni Mubarak besama konco konco engkau , sekutu sekutu engkau , kekayaan hasil rasuah , duit rakyat dan banyak lagi sumber haram yang lain bersama kaum keluarga engkau . Selamat pulang Ulamak terkemuka , Selamat pulang Sheikh Yusof Al Qaradawi ke bumi Mesir , Bebaslah wahai suara suara kebebasan yang dipenjara , Hancurkanlah konspirasi di Al Azhar , Selamat berjuang Wahai Ikhwanul Muslimin , nantikanlah bantuan bantuan saudara islammu wahai Rakyat Palestine dan inilah hasil pengorbanan Ulamak terangung , Hassan Al Banna yang sanggup mengorbankan nyawanya demi Bumi Mesir.


Wednesday, September 22, 2010

Photobucket


Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu…


Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...


Ya Rabbana...
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hatiMu.....


Ya Rabbul Izzati...
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku
Pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....


Ya Allah...
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...


Ya Allah...
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...



Ya Allah...
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...


AMIN YA RABBAL ALAMIN
.

Sungai di dalam laut seperti yang terdapat di dalam surah Ar-rahmaan



Assalamualaikum , hari nih ana ada terbaca satu dokumentari yang sangat menarik yang menceritakan kisah benar yang terdapat dalam surah yang ke 55 yaitu Ar Rahman. Kenalkah kalian dengan  seorang ahli oceanografer dan penyelam yang agak terkenal yaitu Mr Jacques Yves Costeu ( boleh rujuk disini http://en.wikipedia.org/wiki/Jac) , ada orang yang mengatakan beliau mati setelah memeluk islam tapi tak dapat disahihkan. 

Mr Jacques nih memang banyak menyelam ke dasar dasar laut untuk membuat filem dokumentari dan satu hari nih masa beliau sedang mengexplore dasar laut di Cenote Angelita , Mexico tetiba Beliau menemui satu satu sungai di dasar laut yang mempunyai batasan antara ayaq masin dan ayaq tawar yang tidak langsung bercampur antara satu sama lain serta mempunyai pokok dan ranting kayu. Subahanallah


Photobucket
  Di bawah tuh sungai ayaq tawar pada ketinggian 60 meter


Video yang sempat dirakam Mr Jacques. Subhanallah 

  Selepas je Beliau membuat penemuan yang sangat menakjubkan , beliau mula mengkaji dan mencari penyebab terpisahnya ayaq masin dan ayaq tawar tersebut sehinggalah Beliau menemui seorang profesor muslim (tidak diketahui siapa) yang membaca petikan ayat 19 , 20 dan 21 dari surah Ar Rahman 


مَرَجَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ يَلۡتَقِيَانِ (١٩


19. ia biarkan air dua laut (yang masin dan Yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
بَيۡنَہُمَا بَرۡزَخٌ۬ لَّا يَبۡغِيَانِ (٢٠

20. di antara keduanya ada penyekat Yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
  فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٢١

21. maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan? 


Maka terpesonalah Mr Jacques mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu yang setelah melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam sehingga membuatkan beliau tyerfikir bukankah mustahil Al Qur'an ini disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh dimana suatu zaman saat belum ada peralatan menyelam yang canggih untuk mencapai kedalaman laut dan sungai. Fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20 lalu berkatalah Mr Jacques bahawa Al Qur'an memang kitab suci yang merupakan firman Allah yang seluruh kandungannya mutlak benar 


Disertakan gambar gambar yang diambil Mr Jacques semasa penemuan sungai ayaq tawar dibawah laut ayaq masin.

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


P/S kalau korang ada maklumat tentang pengislaman Mr Jacques nih kongsi kongsi la ye.

Friday, August 28, 2009

ONE LITRE OF TEARS


One Litre Of Tears nih merupakan cerita yang diadaptasi berdasarkan cerita benar yang mengisahkan penderitaan yang dihadapi oleh seorang remaja perempuan bernama Ikuechi Aya. Dia nih berpewatakan yang menarik macam rajin belajar , pandai dan berbakat dalam bidang sukan yang diminatinya yaitu sukan basketball tetapi masa umur dia 15 tahun, dia menghidapi penyakit yang belum dapat diubati (masa zaman tu la ) yaitu Spinocerebellar atrophy (rujuk sini http://en.wikipedia. ). Kalau korang memang jenis yang malas membaca meh sini aku terangkan serba sedikit tentang penyakit nih. Penyakit nih berkait rapat dengan saraf tulang belakang (spinal cord) dan cerebellum yang berada dekat otak. Bila dua dua bahagian nih tidak dapat berhubung dengan baik maka korang akan mengalami simptom macam sukar berjalan , makan , bercakap dan lain lain sebab korang tak dapat tangkap dengan cepat ape yang otak korang suruh sampai akhir sekali boleh membawa kepada lumpuh.



~Gambar Aya yang sebenar~


Aya mula menyedari penyakit ini ketika berusia 15 tahun bila dia terjatuh masa dalam perjalanan ke sekolah ,dan insiden tersebut telah meninggalkan parut didagunya. Setelah menghidapi penyakit ini dia perlahan lahan hilang daya untuk berjalan , bercakap , menulis dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Sepanjang dia menderita penyakit nih dia telah menulis sebuah diari sehingga dia mati dan diari yang bertajuk one litre of tears tersebut telah dijual dan sangat laris hingga menjadi inspirasi kepada rakyat jepun dan aku sendiri untuk menyelami pa yang dilalui beliau.

Kisah dia memang sedih beb sebab dia datang dari keluarga yang agak kurang berkemampuan dan mempunyai adik perempuan yang agak tidak pandai dan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan dia. Selepas je Aya nih menghidapi penyakit tersebut , adik dia yang bernama Ako nih berubah setelah melihat penderitaan kakak dia dan berjaya menyambung cita cita kakaknya yang terputus ditengah jalan untuk menamatkan pelajaran di Higashikou High School (sekolah budak budak pandai).

Masa Aya bersekolah di Higashikou nih dia terpaksa berhenti main basketball sebab penyakit dia , dia nak pi kelas naik tangga pon agak payah sehingga memerlukan bantuan kawannya. Sebenarnya implikasi yang berlaku bila kawan2 Aya tolong Aya macam terjatuh dari tangga masa tolong angkat kerusi roda Aya , Selalu masuk kelas lewat sebab teman Aya yang berjalan perlahan , Pelajaran pon makin merosot dan banyak lagilah sampai Aya rasa bersalah dan membuat keputusan untuk berhenti sekolah dan belajar disekolah pendidikan khas (sekolah budak2 cacat).

Aya juga menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada adik lelaki dia yang ingin menjadi pemain bola dan adik perempuan dia yang bongsu untuk menjadi seorang pelukis. Ada lagi satu watak yaitu Asou Haruto yang merupakan anak profesor di hospital yang berpewatakan poyo , merendah diri , ala ala tidak mengambil berat kononnya , pendiam dan sorang yang sangat "weird". Dia nih la yang banyak membantu aya , selalu bersama Aya waktu Aya sedih dan Sentiasa memberi suntikan semangat kepada Aya untuk hidup. Namun , Aya sekali lagi rasa bersalah kat Asou nih seba-b banyak menyusahkan dia dan mengambil keputusan taknak ganggu Asou lagi (part paling sedih isk isk isk)

Last sekali Aya mati waktu umur dia 25 tahun waktu adik bongsunya Rika-san menjadi seorang guru peribadi mengajar kanak kanak membaca , adik lelakinya Hiroki-san menjadi seorang pegawai polis dan ako-san telah mematkan pengajian diHihashikou High School dan mengikut jejak ibunya menjadi health consultant.



Pelakon One Litre Of Tears

P/S Rugi kalau korang tak tengok cerita nih pasai cerita nih banyak memberi pengajaran dan inspirasi untuk kita menghargai erti sebuah kehidupan. Kalau korang nak cerita nih boleh mintak kat aku :D

HIDAYAH CINTA




Pertama kali membaca novel ilham hamdani membuatkan ana terpesona dengan latar cerita di Negara Matahari Terbit ini , terasa seperti berada di sana bersama Umar Thilmisani. Ana terpikat dengan penceritaan Ilham Hamdani sehingga membuatkan ana yang tidak sebegitu minat membaca novel ‘melekat’ dengan buku ini dan  tidak sabar hendak mengetahui akhiran cerita. 


Thilmisani seorang anak tunggal yang dipelihara oleh datuk dan neneknya di kampung. Papanya seorang yang penting dalam kerajaan dan sering ke luar negara menghadiri persidangan-persidangan besar seperti PBB. Mamanya meninggal dunia ketika mengandung kali kedua dan ketika itu usia kandungan hampir mencecah sembilan bulan. Maka tinggallah Thilmisani dan papa. Ketika ingin melanjutkan pelajaran , Thilmisani tersepit antara keinginan datuknya yang ingin dia mendalami ilmu agama dan kemahuan papa yang telahpun mendapatkan tempat belajar baginya di Jepun dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan Akhirnya beliau terbang juga ke Jepun memenuhi hasrat papanya.


Dia seorang yang berjiwa seni dan bersifat tenang membuatkan dia menjadikan Tasik Senba sebagai lokasi lazimnya pada setiap pagi Ahad. Di situ dia akan melukis apa sahaja dan menyimpannya sebagai satu koleksi peribadi dan ada juga yang dihadiahkan kepada teman-temannya. Pada satu hari, ada seorang gadis Jepun hampir lemas di tasik itu , Thilmisani bertindak menyelamatkannya tetapi malang sekali apabila dia dimaki oleh gadis tersebut dan hanya rakan gadis itu yang beria-ia mengucapkan terima kasih.


Gadis tersebut bernama Takahashi Ayumi yang mana sebulan sebelum insiden tersebut Ayumi berasa terhina apabila Thilmisani tidak menyambut salam persahabatannya tetapi berkata dengan lembut mengenai agamanya yang tidak membenarkan sentuhan antara lelaki dan perempuan sesuka hati.


Awal-awal cerita lebih kepada monolog Thilmisani yang terkenangkan orang yang berada disekelilingnya dahulu. Teringat kata naqib Thilmisani : Kita ini khalifah Allah, di mana-mana pun tugasnya sama iaitu menegakkan agama dan mentadbir dunia dengan agama. Pesan nenek Thilmisani : Ilmu di dada perlu diamalkan, perlu dilazimkan saban waktu dan kemudian sebar-sebarkan. Kalau tidak, ilmu itu ibarat pohon rendang yang tak beri buah kepada tuannya.


Melalui buku ini beberapa ilmu dapat ana kutip kerana Ilham Hamdani tidak hanya bercerita tentang kehidupan Thilmisani di Jepun semata-mata tetapi cuba memasukkan isu-isu lain yang membawa sedikit kelainan berbanding novel lain seperti munculnya sahabat Thilmisani dari Palestin yaitu Ahmad Atiq yang banyak menceritakan perihal tanah tumpahnya itu sesekali hingga menimbulkan semangat dan kesedihan. Banyak kali juga sensitiviti dan sikap umat Islam disindir secara sinis kerana dilihat tidak begitu mengambil peduli akan nasib saudara di Palestin.


Yang kedua ialah kisah saudara baru memeluk agama Islam apabila Ilham Hamdani memasukkan ayat-ayat Quran yang berkaitan dengan sains sebagai asbab terbukanya pintu hati insan-insan terpilih ini untuk menerima hidayah Islam seperti Ayumi , otousan (Bapa angkatnya) , okaasan (ibu angkatnya) dan papa Ayumi. Ayumi yang berfahaman Atheis (tidak percaya wujudnya tuhan) sebenarnya dalam pencarian mencari Tuhan sama seperti Nabi Ibrahim mankala Otousan dan okaasan pula memeluk Islam dengan asbab Thilmisani menghadiahkan tafsir al-Quran terjemahan dalam bahasa Jepun kepada mereka dan papa Ayumi pula mengkaji agama baru yang dianuti oleh anaknya selepas dia membelasah anaknya kerana menganut agama Islam.

Bercerita mengenai kisah saudara baru , ana tertarik dengan cara otousan memeluk Islam. Otousan seorang jurutera yang terlibat dengan pembinaan turbin janakuasa hidro dan memang terlibat secara langsung dengan air. Pada satu hari ketika selepas kejadian Thilmisani membantu mencari isterinya yang tertekan dan minum arak sehingga benar-benar mabuk, Thilmisani ada menghadiahkan tafsir al-quran itu dan meletakkannya di atas meja. Otousan mengambil buku itu tanpa tujuan sebenarnya dan dengan kuasa Allah, dia terbuka ke halaman yang mengandungi ayat ini : “Dan Kami turunkan air itu dari langit menurut ukurannya, lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya..” (Surah al-Mukminun : 16). Otousan juga membaca beberapa ayat yang berkaitan iaitu Ayat 17 Surah ar-ra’du, surah Faathir ayat ke-12 dan surah al-Furqaan ayat ke-53. Dan tidak ada keraguan lagi dalam dirinya dan dia merasa takjub. Otousan yakin ada Pencipta yang Maha Kuasa yang menjadikan semua ini dan bukanlah kejayaan projek-projek membina empangan ini disebabkan kepakaran para jurutera. Malahan, ada 3-4 orang rakan sekerja otousan yang memeluk Islam selepas membaca ayat-ayat ini. Subhanallah!


Ayumi pula anak tunggal yang datang dari keluarga yang berada dan berpendidikan tinggi. Papanya seorang pensyarah kanan astronomi dan penganut Taoisme dan mamanya seorang suri rumah. Taoisme adalah agama yang menolak konsep ketuhanan. Ayumi belajar agama Islam dengan Thilmisani dan Sister Arwa selepas diperkenalkan oleh Thilmisani kepadanya. Sikapnya yang bersungguh-sungguh mempelajari Islam menimbulkan rasa kagum ana kepadanya. Sedangkan kita yang sedia muslim sejak lahir mungkin tidak begitu kuat usaha mendalami ilmu agama seperti Ayumi. Dia sendiri belajar bahasa Arab hampir setiap minggu dengan Sister Arwa. Pengislamannya dirahsiakan daripada sesiapa pun termasuk rakan karibnya, Yumiko.


Akan tetapi dugaan Allah tetap juga datang bagi menguji keimanan hambaNya. Pada malam hari raya , papa Ayumi datang membelasah Ayumi kerana begitu marah apabila mengetahui anaknya memeluk agama Islam. Ketika itu semua pelajar muslim baru selesai solat berjemaah dan sedang membincangkan tentang wang zakat yang dicadangkan untuk diberi kepada Ayumi di bawah asnaf mualaf. Apabila terdengar bunyi bising masing-masing mula keluar dan melihat apa yang terjadi. Keadaan Ayumi agak teruk sehingga ketingnya berdarah-darah diseret papanya sambil dipukul tetapi Ayumi tidak membantah walaupun terasa sakit diseret di atas jalan bertar. Ayumi tahu papanya marah kerana jahil tentang agama Islam tetapi dia yakin jika satu hari papanya mendapat hidayah , papanya akan menjadi penganut Islam yang paling taat. Ayumi di kurung hampir 3 bulan sehinggalah apa yang didoakan Ayumi termakbul. Papanya berminat kepada Islam dan membenarkannya bertemu dengan Thilmisani kembali yang dia begitu cintai


Pada ketika itu Thilmisani baru sahaja selesai menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang kepada sahabat karibnya yaitu Koyama Hiroo. Hiroo menghidap penyakit buah pinggang dan kedua-dua buah pinggangnya telah rosak tapi dia berdegil untuk tidak membuat pembedahan.Namun selepas dipujuk oleh Thilmisani atas nama ‘saudara’ mereka akhirnya mereka berjaya menjalani pemindahan tersebut. Walaupun mereka berlainan agama dan bangsa, itu semua tidak menjadi penghalang kepada mereka untuk bersahabat baik dan mungkin satu hari nanti Hiroo akan memeluk Islam. .


Ana tidak berniat untuk mengulas lebih panjang kerana masih ada lagi kisah yang tidak disentuh iaitu mengenai Brother Qusai sekeluarga , Zara Marlisa yang mengada-ada yang akhirnya koma kerana dilanggar lari dan papa Thilmisani sendiri. Pada ana , novel ini persis bunga bunga sakura yang tidak akan hilang seri meski alam saling bergantian antara musim musim dingin yang menikam , musim bungan yang riang , panas yang menggigit dan luruh yang asyik. Syabas Ilham Hamdani!


Akhi Ilham Hamdani

p/s Aana baca buku nih masa umi pinjam dari Perpustakaan Negara dan sampai hari nih ana masih tercari cari buku nih tapi tak jumpa di mana mana kedai buku. cerita yang sangat menarik untuk dibaca dan dikongsi.