sdf Pictures, Images and Photos

Saturday, February 12, 2011

Bebaslah wahai bumi Mesir

 Dari Nukman bin Basyir ra katanya “Suatu ketika kami sedang duduk-duduk di Masjid Nabawi SAW dan Basyir itu adalah seorang yang tidak banyak cakap. Datanglah Abu Saklabah lalu berkata, “Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah SAW tentang para pemerintah?” Huzaifah RA lalu segera menjawab, “Aku hafaz akan khutbah baginda SAW itu.” Maka duduklah Abu Saklabah Al-Khusyna (untuk mendengarkan hadis berkenaan). Maka kata Huzaifah RA, Nabi SAW telah bersabda, “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu. Maka berlakulah zaman itu seperti yang Dia kehendaki, kemudian Allah pun mengangkat zaman itu seperti yang Dia kehendaki. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan yang berjalan menurut cara Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu seperti yang dikehendaki oleh Allah ia berlaku. Kemudian diangkat-Nya apabila Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian berlakulah pula Zaman Pemerintahan Yang Menggigit (Fitnah). Maka berlakulah zaman itu seperti yang dikehendaki oleh Allah berlakunya. Kemudian Dia mengangkatnya seperti yang Dia kehendaki mengangkatnya. Kemudian berlakulah Zaman Pemerintah Yang Zalim (Diktator). Maka berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki ia berlaku. Kemudian Dia mengangkatnya apabila Dia mahu mengangkatnya. Kemudian berlakulah pula Zaman Kekhalifahan yang berlaku menurut cara Zaman Kenabian.” Kata Huzaifah RA , “Kemudian baginda SAW diam.”


Mengikut Rasulullah , zaman pertama bagi umat ini adalah ketika Baginda masih hidup (zaman ini telah berlalu). Kemudian datang pula zaman pemerintahan yang mengikut cara kenabian , Pada zaman ini kita dapat lihat umat Islam diperintah oleh 4 khulafa' al Rashidin yang dimulai dengan Saidina Abu Bakar dari 632-634 Masihi , Saidina Umar Al-Khatab dari 634-644 Masihi , Saidina Uthman Affan dari 644-656 Masihi dan Saidina Ali Abi Talib, 656-661 Masihi.(zaman ini juga telah belalu). Kemudian datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang “menggigit” maksud menggiggit di dalam hadis tersebut bermaksud mereka yang hanya menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka sahaja dan kita dapat lihat pada zaman ini , kerajaan Bani Umayyah , Abbasiyah dan Uthmaniah yang berkuasa dengan menggunakan system monarki. (zaman ini juga telah berlalu). Kemudian datang pula satu zaman yang dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela iaitu ZAMAN SEKARANG (zaman ini hampir berlalu). Kemudian , setelah berlalu keempat empat zaman tersebut. Akan datang pula zaman kelima yang mana dunia akan kembali diperintah mengikut cara kenabian berasaskan syariat Islam. Setelah habis bercerita mengenai kelima lima zaman tersebut , tiba-tiba Rasulullah diam dan diam tersebut bermaksud SEJARAH MANUSIA SUDAH TAMAT.

     Semoga dengan pengunduran toghut besar , kita akan kembali diperintah sepertimana Rasulullah memerintah , pergilah ke neraka jahanam wahai Hosni Mubarak besama konco konco engkau , sekutu sekutu engkau , kekayaan hasil rasuah , duit rakyat dan banyak lagi sumber haram yang lain bersama kaum keluarga engkau . Selamat pulang Ulamak terkemuka , Selamat pulang Sheikh Yusof Al Qaradawi ke bumi Mesir , Bebaslah wahai suara suara kebebasan yang dipenjara , Hancurkanlah konspirasi di Al Azhar , Selamat berjuang Wahai Ikhwanul Muslimin , nantikanlah bantuan bantuan saudara islammu wahai Rakyat Palestine dan inilah hasil pengorbanan Ulamak terangung , Hassan Al Banna yang sanggup mengorbankan nyawanya demi Bumi Mesir.


No comments:

Post a Comment