sdf Pictures, Images and Photos

Tuesday, August 7, 2012

Puasa ohhh Puasaaa

Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum semua :) hari nih hari yang agak mengejutkan aku apabila habis je bacaan yassin pagi tadi kat sekolah , tetiba je ustaz panggil 2 orang pelajar lelaki ke depan. Aku pon xberapa nak kenal sangat dengan 2 orang budak nih. Depa nih kene panggil pasai tak puasa dan makan dikhalayak ramai. Wah pada aku depa nih hebat pasai depa xda perasaan malu kat orang sekeliling yang perhatikan depa dan yang aku tak boleh terima bila salah seorang dari depa nih dok pakai songkok , What a shame!!. 

Aku dok tertanya tanya apa yang depa bangga sangat bila tak puasa?? Allah dah dok kata dalam surah Al Baqarah ayat 183 yaitu  Wahai orang-orang yang beriman , telah diwajibkan puasa ke atas kamu sepertimana telah diwajibkan ke atas orang-orang daripada sebelum kamu. Semoga kamu bertaqwa . Dalam ayat yang ke 185 surah yang sama juga Allah berkata Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran , menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu , sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya) maka hendaklah ia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka bolehlah ia berbuka Kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dengan ketetapan yang demikian itu Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya agar supaya kamu bersyukur”.

Aku rasa lah depa nih memang bodoh kot (sorry to say) pasai ayat Allah dah terang nyata dan tidak perlu ditakwil pon depa tak boleh nak faham. Memang pertama kali aku tengok ustaz mubin yang pada aku begitu baik , lembut dan kelakar boleh mengamuk sampai dia hambat budak 2 orang tu dengan rotan. Aku tengok kesian pon ada tapi biaq jadi pengajaran untuk depa. Apa alasan kita yang lelaki nih untuk tidak berpuasa sedangkan Nabi Muhammad dan Para Sahabat seramai 3 ratus berbelas orang boleh pi berperang (perang Badar) dalam bulan Ramadhan (17 Ramadhan) dan Allah bagi kemenangan dekat depa dengan menghantar malaikat untuk membantu tentera nabi berperang dengan musyrikin makkah yang sebanyak 900 hingga 1000 orang. Jika dilihat juga apa yang berlaku di Syria hari ini rakyat mereka berjuang menentang pemerintah yang bukan sahaja zalim tetapi juga menyekutukan Allah. Bulan Ramadhan tidak menghalang mereka untuk tidak berpuasa sedangkan mereka memerlukan banyak tenaga untuk mengangkat senjata menentang Regim Basyar Asad Laknatullah bahkan mereka sempat menunaikan solat terawikh dalam keadaan yang huru hara , Subhanallah!!. 



Free Syrian Army berbuka dengan buah tamar.

Solat Terawikh ramadhan pertama Di Bandar homs , Syria

Tiada Alasan lagi untuk kita tidak berpuasa hanya kerana lapar dan dahaga semata mata. Semoga hukuman yang depa dapat akan memberi pengajaran dan menjadi titik tolak untuk mereka berubah ke arah kebaikan , Alahumma Ameen. Oh ye sebelum terlupa , hari jumaat (10/08/12) nih SMK Taman Desa ada buat Program Kem Ibadah , Aku agak kagum dengan inisiatif yang dilakukan ustaz dan ustazah untuk mentarbiah anak murid mereka untuk menjadi insan yang berguna. Aku n gang form 6 juga diminta ustaz untuk menjadi fasi program tersebut , walaupun aku takda pengalaman jadi fasi tapi aku harap peluang yang ustaz bagi nih dapat aku gunakan untuk menjadi langkah pertama aku untuk membantu menegakkan agama Allah dan juga mentarbiah diri sendiri seperti yang ustaz cakap masa meeting dengan kitaorang untuk merancang program dan slot slot yang akan dibentangkan nanti. Jadi rasanya takda pa dah nak kongsi , cukup setakat tuh saja kot. Insya'Allah kalau dipanjangkan umur , kita berjumpa di entry yang seterusnya. Assalamualaikum warahmatullah :)

No comments:

Post a Comment