sdf Pictures, Images and Photos

Friday, August 28, 2009

ONE LITRE OF TEARS


One Litre Of Tears nih merupakan cerita yang diadaptasi berdasarkan cerita benar yang mengisahkan penderitaan yang dihadapi oleh seorang remaja perempuan bernama Ikuechi Aya. Dia nih berpewatakan yang menarik macam rajin belajar , pandai dan berbakat dalam bidang sukan yang diminatinya yaitu sukan basketball tetapi masa umur dia 15 tahun, dia menghidapi penyakit yang belum dapat diubati (masa zaman tu la ) yaitu Spinocerebellar atrophy (rujuk sini http://en.wikipedia. ). Kalau korang memang jenis yang malas membaca meh sini aku terangkan serba sedikit tentang penyakit nih. Penyakit nih berkait rapat dengan saraf tulang belakang (spinal cord) dan cerebellum yang berada dekat otak. Bila dua dua bahagian nih tidak dapat berhubung dengan baik maka korang akan mengalami simptom macam sukar berjalan , makan , bercakap dan lain lain sebab korang tak dapat tangkap dengan cepat ape yang otak korang suruh sampai akhir sekali boleh membawa kepada lumpuh.



~Gambar Aya yang sebenar~


Aya mula menyedari penyakit ini ketika berusia 15 tahun bila dia terjatuh masa dalam perjalanan ke sekolah ,dan insiden tersebut telah meninggalkan parut didagunya. Setelah menghidapi penyakit ini dia perlahan lahan hilang daya untuk berjalan , bercakap , menulis dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Sepanjang dia menderita penyakit nih dia telah menulis sebuah diari sehingga dia mati dan diari yang bertajuk one litre of tears tersebut telah dijual dan sangat laris hingga menjadi inspirasi kepada rakyat jepun dan aku sendiri untuk menyelami pa yang dilalui beliau.

Kisah dia memang sedih beb sebab dia datang dari keluarga yang agak kurang berkemampuan dan mempunyai adik perempuan yang agak tidak pandai dan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan dia. Selepas je Aya nih menghidapi penyakit tersebut , adik dia yang bernama Ako nih berubah setelah melihat penderitaan kakak dia dan berjaya menyambung cita cita kakaknya yang terputus ditengah jalan untuk menamatkan pelajaran di Higashikou High School (sekolah budak budak pandai).

Masa Aya bersekolah di Higashikou nih dia terpaksa berhenti main basketball sebab penyakit dia , dia nak pi kelas naik tangga pon agak payah sehingga memerlukan bantuan kawannya. Sebenarnya implikasi yang berlaku bila kawan2 Aya tolong Aya macam terjatuh dari tangga masa tolong angkat kerusi roda Aya , Selalu masuk kelas lewat sebab teman Aya yang berjalan perlahan , Pelajaran pon makin merosot dan banyak lagilah sampai Aya rasa bersalah dan membuat keputusan untuk berhenti sekolah dan belajar disekolah pendidikan khas (sekolah budak2 cacat).

Aya juga menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada adik lelaki dia yang ingin menjadi pemain bola dan adik perempuan dia yang bongsu untuk menjadi seorang pelukis. Ada lagi satu watak yaitu Asou Haruto yang merupakan anak profesor di hospital yang berpewatakan poyo , merendah diri , ala ala tidak mengambil berat kononnya , pendiam dan sorang yang sangat "weird". Dia nih la yang banyak membantu aya , selalu bersama Aya waktu Aya sedih dan Sentiasa memberi suntikan semangat kepada Aya untuk hidup. Namun , Aya sekali lagi rasa bersalah kat Asou nih seba-b banyak menyusahkan dia dan mengambil keputusan taknak ganggu Asou lagi (part paling sedih isk isk isk)

Last sekali Aya mati waktu umur dia 25 tahun waktu adik bongsunya Rika-san menjadi seorang guru peribadi mengajar kanak kanak membaca , adik lelakinya Hiroki-san menjadi seorang pegawai polis dan ako-san telah mematkan pengajian diHihashikou High School dan mengikut jejak ibunya menjadi health consultant.



Pelakon One Litre Of Tears

P/S Rugi kalau korang tak tengok cerita nih pasai cerita nih banyak memberi pengajaran dan inspirasi untuk kita menghargai erti sebuah kehidupan. Kalau korang nak cerita nih boleh mintak kat aku :D

No comments:

Post a Comment